Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Kau ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dosa muslimin muslimat, mukminin mukminat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..
Ya Allah..
Kau kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepadaku serta semua rakan-rakanku yang menduduki peperiksaan SPM 2011..
Kau berikanlah keputusan yang terbaik buat kami agar kami dapat membuatkan ibu bapa kami serta guru-guru kami tersenyum..
Ya Allah..
Kau berikanlah juga kekuatan kepada kami untuk menerima apa sahaja keputusan yang bakal kami peroleh pada hari rabu ini..
Sekiranya kejayaan yang Kau berikan kepada kami, kami memohon kepadaMu agar Kau peliharalah kami daripada sifat sombong, takabbur dan riak..
Dan sekiranya kegagalan yang Kau uji ke atas kami, kami memohon kepadaMu agar Kau lindungilah kami daripada kekecewaan yang berpanjangan..
Sesungguhnya kami redha atas segala ketentuanMu Ya Allah..
Dan hanya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang kami tidak ketahui..
-Amin Ya Rabbal'alamin-
No comments:
Post a Comment